Wednesday, June 16, 2010

ORANG ASING

ORANG-ORANG YANG ASING

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahihnya dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).

an-Nawawi rahimahullah menukil keterangan al-Harawi bahwa makna orang-orang yang asing adalah : orang-orang yang berhijrah meninggalkan negeri/daerah mereka karena kecintaan mereka kepada Allah ta’ala (Syarh Muslim, 1/235). Keterangan al-Harawi di atas dilandaskan pada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dalam Shahihnya dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan ia akan kembali menjadi asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing.” Ada yang bertanya, “Siapakah yang dimaksud dengan orang-orang asing?”. Beliau menjawab, “Yaitu orang-orang yang memisahkan diri dari kabilah-kabilah [mereka].” (HR. Ibnu Majah [3978] dinyatakan sahih oleh al-Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan Ibni Majah [8/488] namun tanpa tambahan ‘ada yang bertanya, dan seterusnya’, as-Syamilah).

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya dari Abdullah bin Amr bin al-’Ash radhiyallahu’anhu, dia mengatakan; Suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berbicara dan ketika itu kami berada di sisi beliau, “Beruntunglah orang-orang yang asing.” Kemudian ada yang menanyakan, “Siapakah yang dimaksud orang-orang yang asing itu wahai Rasulullah?”. Maka beliau menjawab, “Orang-orang salih yang hidup di tengah-tengah orang-orang yang jelek lagi banyak [jumlahnya]. Orang yang mendurhakai mereka lebih banyak daripada orang yang menaati mereka.” (HR. Ahmad 6362 [13/400], disahihkan al-Albani dalam Shahih w a Dha’if al-Jami’ 7368 [3/443] as-Syamilah)

Syaikh al-Albani rahimahullah menyebutkan di dalam Silsilah al-Ahadits as-Shahihah penafsiran makna orang-orang yang asing tersebut dengan sanad yang sahih. Diriwayatkan oleh Abu Amr ad-Dani dalam as-Sunan al-Waridah fi al-Fitan dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu secara marfu’ -sampai kepada Nabi-, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing seperti ketika datangnya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.” Ada yang bertanya, “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”. Maka beliau menjawab, “Yaitu orang-orang yang tetap baik [agamanya] tatkala orang-orang lain menjadi rusak.” (as-Shahihah no 1273 [3/267]. as-Syamilah, lihat juga Limadza ikhtartul manhaj salafi, hal. 54).

al-Qari menafsirkan bahwa makna orang-orang yang asing adalah orang-orang yang memperbaiki [memulihkan] ajaran Nabi yang telah dirusak oleh manusia sesudahnya. Beliau berdalil dengan hadits yang diriwayatkan melalui Amr bin Auf al-Muzani radhiyallahu’anhu, demikian dinukilkan oleh al-Mubarakfuri (Tuhfat al-Ahwadzi [6/427] as-Syamilah). Imam Tirmidzi menyebutkan dalam Sunannya hadits tersebut yang disandarkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Mereka itu adalah orang-orang yang memperbaiki ajaranku yang telah dirusak oleh manusia-manusia sesudah kepergianku.” (HR. Tirmidzi [2554] dari Amr bin Auf al-Muzani radhiyallahu’anhu, namun hadits ini dinyatakan berstatus dha’if jiddan -lemah sekali- oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan at-Tirmidzi [2630] as-Syamilah, lihat pula Limadza ikhtartul manhaj salafi, hal. 53 oleh Syaikh Salim al-Hilali).

al-Mubarakfuri menjelaskan makna ‘ memperbaiki ajaranku yang telah dirusak oleh manusia-manusia’ yaitu : “Mereka mengamalkan ajaran/sunnah tersebut dan mereka menampakkannya sekuat kemampuan mereka.” (Tuhfat al-Ahwadzi [6/428] as-Syamilah). al-Mubarakfuri juga menjelaskan bahwa hadits yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi di atas bersatus lemah dikarenakan terdapat seorang periwayat yang bernama Katsir bin Abdullah bin Amr bin Auf al-Muzani. al-Mubarakfuri berkata, “Katsir ini adalah periwayat yang lemah menurut banyak ulama ahli hadits, bahkan menurut mayoritas mereka. Sampai-sampai Ibnu Abdi al-Barr mengatakan, ‘Orang ini telah disepakati akan kedha’ifannya’.” Maka keterangan beliau ini menyanggah at-Tirmidzi yang menghasankan hadits di atas (lihat Tuhfat al-Ahwadzi [6/428] as-Syamilah).

Syaikh Salim al-Hilali hafizhahullah berkata, “…tidak ada riwayat yang sah mengenai penafsiran [Nabi] tentang makna al-Ghuraba’ (orang-orang asing) selain dua tafsiran yang marfu’ yaitu : [1] Orang-orang yang [tetap] baik tatkala masyarakat telah diliputi kerusakan. [2] Orang-orang salih yang hidup di tengah-tengah banyak orang yang buruk [agamanya], akibatnya orang yang menentang mereka lebih banyak daripada yang mengikuti mereka.” (Limadza ikhtartul manhaj salafi, hal. 55).

Imam at-Tirmidzi membawakan hadits dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan datang suatu masa ketika itu orang yang tetap bersabar di antara mereka di atas ajaran agamanya bagaikan orang yang sedang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi [2260] disahihkan al-Albani dalam Shahih wa Dha’is Sunan at-Tirmidzi [5/260], as-Shahihah no 957. as-Syamilah).

Tuesday, June 15, 2010

sekular

Nabi Muhammad s.a.w. sangat kasih dan sayang kepada Umatnya.Pada saat-saat akhir baginda terus resah memikirkan nasib umat, senario perpecahan di kalangan Umat Islam kesan dari pelbagai pertentangan pendapat dan aliran pemikiran.

Islam tidak menolak kepelbagaian pemikiran dan pendapat.Namun pertelingkahan yang menolak Syariat Islam -Hukum Dan Perundangan Islam-Halal-Haram-Harus-Makruh,Cara Hidup Islam, Politik Islam,Pahala,Dosa,Syurga dan Neraka ditentang sama sekali.

Jika ditaakulkan secara objektif kebanyakan pertelingkahan yang membawa kepada perpecahan sangat berkait dengan sifat fanatik terhadap pemikiran dan pendapat sendiri,lantas cuba memonopoli pemikiran dan tidak bersedia untuk menerima pemikiran orang lain.

Ada pihak yang memperingatkan kita dan menyuruh kita kembali berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Pihak ini memberitahu kita bahawa Allah SWT akan bersama menolong orang yang berpegang akan Al-Quran dan As-Sunnah.Mereka juga memperingatkan kita supaya masuk Islam sepenuhnya.Maksudnya mengamalkan kesemua Isi Kandungan Al-Quran dan As-Sunnah yang telah kita pelajari dan fahami .

Apabila ada pihak memperingatkan kita bahawa kita belum melaksanakan Isi Kandungan Al-Quran yang tertentu maka kita cubalah mengamalkannya, jangan buat sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Semua golongan rakyat amalkan gaya hidup Islam - kerjakan segala suruhan Allah SWT dan jauhilah segala perbuatan yang dilarang Allah SWT .Suruhan Allah SWT - Beragama Islam,bersolat 5 waktu,berpuasa,berzakat,berpakaian menutup aurat,berniaga secara islam-etika islam-akad jual-beli,berpolitik Islam,berekonomi Islam,bersosial Islam-bersahabat dengan orang soleh, berakhlak Islam,makan-minum yang halal,mencari rezeki halal ,menghiburkan diri dengan bersolat membaca Al-Quran dan As-Sunnah (sekali-sekala dengarlah lagu-lagu yang diminati yang tidak syirik kepada Allah SWT.)

Larangan Allah SWT - politik barat-janganlah mengamalkan merasuah pengikut untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh.Janganlah berzina,berjudi dan minum arak.Janganlah tamak mengumpulkan harta dan duit semasa berkuasa.Gunakanlah duit gaji sendiri untuk meneruskan kehidupan.Janganlah nak bermewah-mewah seperti orang barat.Ingatlah kita beragama Islam dan Islam menganjur kita hidup sederhana.

Semua golongan rakyat janganlah mengamalkan gaya hidup sekular ini.Orang Islam yang berfahaman sekular dan mengamalkan sekular ini boleh dikenali sebagai Orang Islam Sekular.Gaya hidup sekular bermaksud mengamalkan gaya hidup yang tidak berlandaskan agama Islam.Orang berfahaman sekular menyingkirkan agama Islam dari kehidupannya.Orang Islam sekular ini juga pergi solat di mesjid tetapi apabila keluar dari masjid mereka ini meletakkan agama Islam di mesjid sahaja.Di dalam mesjid beragama Islam apabila keluar mesjid mereka tak membawa Islam bersama mereka.Di sekolah agama mereka beragama Islam apabila keluar sekolah agama mereka tak membawa agama Islam bersama mereka.Maksudnya mereka tak mengamalkan ajaran agama Islam dalam kehidupan sehari-harian mereka.Semasa mereka bersahabat,bersosial,berpolitik mereka bertuhankan "nafsu".

.Mereka tidak membawa bersama mereka Agama Islam untuk diamalkan dalam aktiviti politik,aktiviti sosial dan aktiviti ekonomi.Kehidupan mereka sehari-harian mengikut hawa nafsu jahat yang dibisikkan oleh syaithan dan tidak bertitik nokhtah kesesatannya.Di dalam mesjid mereka Islam tetapi apabila keluar mesjid mereka keluar Islam.Di luar mesjid mereka tidak bersama Islam.Mereka bersama ' thoqut '.Mereka terus membuat maksiat.

Orang Islam sekular ini majoritinya adalah Islam keturunan(dilahirkan ibu bapa beragama Islam)dan minoritinya adalah orang kafir yang mendapat hidayat memeluk agama Islam.Apabila berkahwin mereka mengikut ajaran agama Islam.Apabila berpolitik mereka menyingkirkan agama Islam daripada politik.Muncullah politik sekular.Apabila bersosial mereka juga menyingkirkan Islam.Muncullah sosial sekular.Hidup bebas lelaki perempuan.Anak-anak hasil seks bebas ini digugurkan dan orang lain pula yang kena mengebumikannya.Ada anak-anak hasil seks bebas ini dicampak ke dalam tong sampah.

Perangai orang Islam sekular - contohnya tak solat tak pa,orang tak boleh tegur kerana itu perkara peribadi.Berpolitik tak islamik tak pa asalkan dapat jawatan dan kuasa - mereka mengamalkan politik Machiavelli.Berzina dengan perempuan pun tak pa,itu hak peribadi.Selepas bersetubuh dengan isteri tak mandi hadas besar pun tak pa.Kalau dah berzina memang tak mandi hadas besar.Isteri yang berfahaman sekular ini membenarkan suami simpan perempuan tetapi tak benarkan suami berpoligami.

Perangai orang Islam sekular - perempuan berpakaian seksi tak pa,itu hak peribadi.Bapa/emak/suami sekular membiarkan anak-anak/isteri berpakaian seksi. Gay dan lesbian hidup subur di dalam sosial orang Islam sekular ini.Ajaran sesat pun berkembang di kalangan orang berfahaman sekular ini.Lelaki dan perempuan sekular hidup serumah tanpa nikah.Orang Islam sekular ini tidak suka menutup aurat.Mereka suka mendedahkan tubuh badan mereka dengan berpakaian seksi.

Di kalangan guru yang mengajar pendidikan jasmani (mungkin guru itu tak sedar dia berfaham sekular),semasa pendidikan jasmani,murid-murid perempuan tak disuruh memakai tudung.Murid-murid perempuan itu pula dah baligh dan mummayiz.Guru itu wajib berdakwah kepada murid-murid itu iaitu menyuruh murid-murid itu menutup aurat kerana melaksanakan perintah Allah SWT yang menyuruh orang perempuan menutup aurat - aurat orang perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Murid-murid perempuan Sekolah Kebangsaan Tahap 1 - Tahun 1,2 dan 3 , Tahap 2 - Tahun 4,5 dan 6 perlulah dididik dan dilatih memakai pakaian menutup aurat - tudung bukan sahaja semasa berada di sekolah tetapi apabila berada di luar rumah.Melentur buluh biarlah daripada rebung.Jangan dah jadi buluh baru nak melenturkannya.

Pada peringkat kanak-kanak segala ajaran Al-Quran dan As-Sunnah perlulah diterapkan supaya mereka boleh mencapai tahap "insan kamil" (insan sempurna).Di Sekolah Kebangsaan mutaakhir ini murid-murid telah diajar membaca Al-Quran.Guru-guru dan ibu bapa perlulah menyuruh murid-murid mempraktikkan/merealisasikan/mengimplementasikan/menterjemahkan maksud ayat-ayat suci yang telah mereka baca itu di dalam kehidupan/gaya hidup/cara hidup mereka sehari-harian.

Orang Islam sekular juga sanggup memeluk agama lain seperti Kristian,Hindu dan lain-lain kerana jatuh cinta kepada lelaki kafir.

Minum arak,berjudi empat nombor ekor ,menagih/mengedar dadah,seks bebas,rasuah,salahguna kuasa,politik kotor ,gugur anak,berzina,bergaul bebas,berpakaian seksi,perkauman sempit dan mempermainkan agama Islam adalah perkara biasa bagi orang Islam sekular ini.

Assabiyyah(perkauman sempit) pun berkembang biak di kalangan orang Islam sekular ini.Wujud kumpulan-kumpulan punk,black metal,hi hop,pemuja syaithan,mat rempit dan entah apa-apa lagi yang sesat.Mereka selalu bermain-main dengan perkara-perkara agama.Ada parti politik yang berdasarkan assabiah dan pemimpinnya terpengaruh dengan assabiah.Tetapi apabila ditegur,dia tidak mengaku dia bersikap assabiah.

Perkara-perkara yang dilarang Allah SWT memang sangat disukai oleh orang Islam sekular ini.Mereka bekerjasama dan tolong-menolong membuat kejahatan.Contohnya yang bermain judi empat nombor ekor tolong beli nombor ekor untuk kawan.Orang yang rasuah jadi orang tengah untuk menguruskan rasuah untuk kawan.Duit rasuah digunakan untuk berzina dengan pelacur terhormat.Kalau takut diganggu dan rahsia terbongkar,dibunuhnya pelacur terhormat itu.Mereka buat dosa berterusan.Tak ada langsung rasa nak berhenti buat dosa dan bertaubat.Tetapi mereka masih bersolat.Tetapi solat mereka itu tak mencegah mereka menjauhi kejahatan.Sembahyang tetapi kejahatan/maksiat/kemungkaran masih buat tanpa ada rasa nak bertaubat.Kalau ada rasa pun dia kata nantilah..... nantilah..... nantilah...... masih muda lagi .....ada banyak masa lagi nak bertaubat.

Maklumlah berkawan dengan orang Islam sekular juga yang suka berbohong dan suka berbuat jahat , tentulah dia tak reti nak suruh bertaubat.Cuba berkawan dengan orang yang beragama Islam dan berakhlak,tentulah dia reti nak suruh bertaubat.

Ramai Terjerat Rasuah,Zina,Judi,Arak,Rokok,Assabiah,Dadah kerana pengaruh kawan.AWAS KAWAN MEROSAK KAWAN.Maksud Hadith-Dari Abi Hurairah, Dari Nabi S.A.W. berkata:

"Seseorang itu bergantung kepada agama taulannya,

Maka hendaklah kamu berhati-hati dengan siapa kamu bertaulan."

(Diriwayatkan oleh Ahmad)

DAHSYAT

PEMUSNAH KEBAHAGIAAN

Orang Islam sekular ini diibaratkan seperti "langit tak dijunjung,bumi tak dipijak,berhala tak disembah,Tuhan tak disembah". Hidup semata-mata menyembah "thoqut" - syaithan, hawa nafsu jahat,wang,harta benda,kereta mewah,perempuan cantik tapi jahat,arak,kawan jahat,judi.

Mereka telah hidup sia-sia selagi tak kembali mengamalkan cara hidup Islam.Mereka ini tidak suka menjalani cara hidup Islam kerana telah ditipu oleh orang yahudi dan nasrani yang tidak suka orang Islam mengamalkan cara hidup Islam.Lihatlah betapa bodohnya orang sekular ini.Mereka telah ditipu oleh syaithan,orang yahudi dan orang nasrani.Yang sebenarnya mereka telah menipu diri mereka sendiri.

Soal rasuah boleh ditangani dengan baik apabila semua pihak khasnya orang Islam sekular yang terlibat dengan rasuah ini kembali kepada Islam, menerima Hukum Dan Perundangan Islam. Sesiapa yang terlibat dengan rasuah jelas telah melakukan perbuatan dilarang Allah SWT.Hukum mengambil rasuah adalah haram.Walau kerana atau atas sebab apa pun tetap haram.Tak bolehlah kita kerana tak mahu hilang pengikut maka kita kata rasuah boleh diamalkan .Tak bolehlah kerana kita tengok orang pakai tayar dan rim sport maka kita kata tak palah ambil rasuah untuk pasang sport rim.

Haram tetap haram.Kita tak boleh menghalalkan yang haram. Nanti akan rosak aqidah.Dah rosak nak kena perbaiki pula.Tetapi ada yang tak perbaiki kerana malas dan tak kuat iman/semangat.Tak bolehlah macam tu.Beristighfar dan bertaubat dengan segera.

Penyakit 'al-'ijab bi al-ra'yi' (penyakit mengkagumi pendapat sendiri) merbahaya dan jangan dibiarkan mengalir dalam pemikiran umat.Cubalah kita warisi sifat,sikap dan adab para pejuang dan pendokong islam terdahulu dan para pejuang dan pendokong islam pada tahun 2008 ini.

Kagumilah kepada Al-Qur'an dan Hadis.Kagumilah pendapat sendiri yang selaras dan tidak bertentangan dengan Al-Qur'an dan Hadis serta ijmak ulamak.Kagumilah ulamak muktabar/murshid, jangan dok asyik mengkagumi artis -penyanyi dan pelakon mendedah aurat.

Mereka bersikap berlapang dada dan terbuka.Mereka menerima pemikiran dan pendapat yang benar dan Islamik yang dikemukakan oleh Sultan,Ulama,Umarak, orang Islam dan lain-lain.Orang Islam sekular cubalah berusaha menerima pemikiran dan pendapat yang benar dan Islamik.Jangan biarkan penyakit 'al-'ijab bi al-ra'yi mengalir dalam pemikiran anda.Belajarlah ikhlas menerima pendapat yang benar dan Islamik.Jangan biarkan syaithan atau diri anda sendiri menipu anda menyuruh menolak kebenaran yang disampaikan oleh Ulama muktabar/mursyid,Sultan,Umarak,Orang Islam dan lain-lain.

Islam membebaskan pemikiran umat manusia daripada kejahilan dan kejumudan kepada pemikiran yang bebas dan merdeka yang dibimbing oleh wahyu Ilahi.Rasulullah s.a.w menegaskan:"Sesiapa keluar daripada ketaatan (terhadap pemerintah) dan memisahkan diri daripada al-jama'ah lalu dia mati,maka dia mati jahiliah.Sesiapa yang berperang di bawah rayah 'immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada assabiah atau marah kerana assabiah maka kematiannya adalah jahiliah.(Riwayat Muslim,An-Nasai dan Ibnu Majah.)

Nampaknya orang Islam sekular telah memisahkan diri daripada "al-jama'ah".Dan golongan sekular ini juga telah berperang di bawah "rayah immiyyah" dan menyeru kepada "assabiah" .Maka kematian mereka adalah mati jahiliah(mati su'al khotimah/mati tak baik). Minta Allah SWT melindungi kita di bawah naungannya daripada mati tak baik ini.Aaminn... .

Perkataan al-Jamaah dalam hadis di atas tidaklah merujuk secara khusus kepada mengikut mana-mana parti politik atau pertubuhan-pertubuhan tertentu.Ulama Al-Hindawi di dalam bukunya Dirasat Haul al-Jama'ah wa al-Jama'at,menjelaskan al-Jama'ah bermaksud kesepakatan kaum muslimin,para sahabat Nabi s.a.w. ,para ulama, para umarak dan lain-lain.

Fenomena mutaakhir ini menunjukkan telah berlaku kesepakatan Sultan,para ulama pewaris Nabi s.a.w.,para umarak,para muslimin dan lain-lain di dalam merealisasikan persamaan risalah dan matlamat menegakkan negara yang makmur dan diberkati serta dirahmati Allah SWT.Contohnya negeri Kelantan,Perak,Kedah,Terengganu,Selangor dan Pulau Pinang.

Nabi Muhammad s.a.w.menentang ketaksuban membuta-tuli masyarakat kepada kelompok yang disertainya.Al-Sindi di dalam bukunya Syarh Ibn Majah menjelaskan 'immiyah (bendera kebutaan) ialah fenomena ketaksuban keterlaluan di kalangan masyarakat yang berkumpul dan menyokong atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil.Nabi s.a.w. menjelaskan sikap sebegini sebagai assabiah atau ketaksuban melampau terhadap sesuatu kaum atau kelompok.

Misalnya kalau berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan pelbagai kaum.Kita patut berpendirian bahawa kalau kaum kita bersalah maka kita kena katakan dia bersalah.Kita tidak boleh bersikap assabiah dengan berbohong mengatakan dia tidak bersalah walaupun dia yang sebenarnya bersalah.

Nabi secara keras dan tegas menentang sesiapa yang mendokong dan mengamalkan faham assabiah yang menyesatkan.Orang Islam sekular yang mengamalkan assabiah setelah sekian lama perlulah bertaubat dan mengambil hadis di atas dan ini sebagai pegangan."Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada assabiah,bukan sesiapa yang berperang atas assabiah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas assabiah.(Riwayat Abu Daud).

Nampaknya fenomena mutaakhir ini menunjukkan sebilangan kecil umat manusia di Malaysia tidak lagi mengamalkan assabiah iaitu mereka telah berhimpun dan menyokong kebenaran tanpa ketaksuban keterlaluan tetapi rasional dan munasabah.Contohnya umat manusia di Kelantan,Perak,Kedah ,Terengganu,Selangor dan Pulau Pinang.

Rasulullah s.a.w menjelaskan maksud assabiah,Baginda menjawab pertanyaan Wathilah bin Al-Asqa.Apakah yang dimaksudkan dengan al-assabiah? Sabda baginda:"Kamu menolong kaummu atas kezaliman".

Namun begitu masih ramai lagi umat Islam dihinggapi penyakit assabiah ini dan mengamalkan gaya hidup sekular yang menyesatkan ini.Umat Islam yang masih mengamalkan assabiah dan gaya hidup sekular ini patutlah menerima pemikiran dan pendapat orang yang tidak mengamalkan assabiah ini dan mengamalkan gaya hidup Islam dan berpeganglah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Masuklah Islam sepenuhnya pada setiap detik/masa dan setiap ruang/tempat .

Kembalilah kepada Islam yang murni lagi asal seperti zaman Nabi S.A.W.Islam yang terbukti membangunkan kehidupan masyarakat yang aman lagi harmoni dunia dan akhirat.Tokok tambah agama hanya menghilangkan keaslian dan keberkatan dari Allah.

Janganlah termasuk di dalam golongan "Langit tak dijunjung,bumi tak dipijak,berhala tak disembah,Tuhan tak disembah".Junjunglah langit,pijaklah bumi.Sembahlah Allah SWT di dalam ertikata yang sebenarnya.

Tepuklah dada,tanyalah Iman.

Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui.

Sunday, June 6, 2010

tauhidul asma wash-shifat

Makna tauhidul asma wash-shifat (mengesakan Allah dalam hal nama-nama dan sifat-sifat-Nya) adalah meyakini secara mantap bahwa Allah swt. menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan suci dari segala sifat kekurangan, dan bahwa Dia berbeda dengan seluruh makhluk-Nya.

Caranya adalah dengan menetapkan (mengakui) nama-nama dan sifat-sifat Allah yang Dia sandangkan untuk Dirinya atau disandangkan oleh Rasulullah saw dengan tidak melakukan tahrif (pengubahan) lafazh atau maknanya, tidak ta’thil (pengabaian) yakni menyangkal seluruh atau sebagian nama dari sifat itu, tidak takyif (pengadaptasian) dengan menentukan esensi dan kondisinya, dan tidak tasybih (penyerupaan) dengan sifat-sifat makhluk.

Dari definisi di atas, jelaslah bahwa tauhidul asma wash-shifat berdiri di atas tiga asas. Barang siapa menyimpang darinya, maka ia tidak termasuk orang yang mengesakan Allah dalam hal nama dan sifat-Nya. Ketiga asas itu adalah:

1. menyakini bahwa Allah Maha Suci dari kemiripan dengan makhluk dan dari segala kekurangan.

2. mengimani seluruh nama dan sifat Allah yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah tanpa mengurangi atau menambah-nambahi dan tanpa mengubah atau mengabaikannya.

3. menutup keinginan untuk mengetahui kaifiyyah (kondisi) sifat-sifat itu.

Adapun asas yang pertama, yakni meyakini bahwa Allah Maha Suci dari kemiripan dengan makhluk dalam segala sifat-sifat-Nya, ini didasarkan pada firman Allah swt.:

“Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan-Nya. ” [QS. Al-Ikhlash (112): 4]

“Maka janganlah kalian membuat perumpamaan-perumpamaan bagi Allah.” [QS. An-Nahl (16): 74]

Al-Qurtubi, saat menafsirkan firman Allah, ”Tidak ada yang sama dengan-Nya sesuatu apapun, ” mengatakan, ”Yang harus diyakini dalam bab ini adalah bahwa Allah swt., dalam hal keagungan, kebesaran, kekuasaan, dan keindahan nama serta ketinggian sifat-Nya, tidak satu pun dari makhluk-Nya yang menyerupai-Nya dan tidak pula dapat diserupakan dengan makhluk-Nya. Dan sifat yang oleh syariat disandangkan kepada Pencipta dan kepada makhluk, pada hakikatnya esensinya berbeda meskipun lafazhnya sama. Sebab, sifat Allah Yang Tidak Berpemulaan (qadim) pasti berbeda dengan sifat makhluk-Nya.

Al-Wasithi mengatakan, ”Tidak ada Dzat yang sama dengan Dzat-Nya; tidak ada nama yang sama dengan nama-Nya; tidak ada perbuatan yang sama dengan perbuatan-Nya; tidak ada sifat yang sama dengan sifat-Nya kecuali dari sisi lafazhnya saja. Maha Suci Dzat Yang Qadim dari sifat-sifat makhluk. Sebagaimana adalah mustahil makhluk memiliki sifat-sifat Pencipta. Dan, inilah mazhab para pemegang kebenaran, yakni Alus Sunah Wal Jama’ah.

Sayyid Qutb mengatakan, saat menafsirkan ayat tersebut di atas, ”Fitrah pasti akan mengimani hal ini. Bahwa Pencipta segala sesuatu tidak akan dapat disamakan dalam hal sekecil apa pun oleh makhluk-Nya.”

Dan masuk dalam asas pertama ini, menyucikan Allah swt. dari segala yang bertentangan dengan sifat yang Dia sandangkan untuk Dirinya atau dengan sifat yang disandangkan oleh Rasulullah saw. Jadi mengesakan Allah dalam hal sifat-sifat-Nya menuntut seseorang Muslim untuk meyakini bahwa Allah tidak mempunyai istri, teman, tandingan, pembantu, dan syafi’ (pemberi syafa’at), kecuali atas izin-Nya. Dan juga menuntut seorang Muslim untuk menyucikan Allah dari sifat tidur, lelah, lemah, mati, bodoh, zalim, lalai, lupa, kantuk, dan sifat-sifat kekurangan lainnya.

Adapun asas kedua, mewajibkan kita untuk membatasi diri pada nama-nama dan sifat-sifat yang telah ditetapkan dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Nama-nama dan sifat-sifat itu harus ditetapkan berdasarkan wahyu, bukan logika. Jadi, tidak boleh menyandangkan sifat atau nama kepada Allah kecuali sejauh yang ditetapkan oleh Allah untuk Dirinya atau ditetapkan oleh Rasulullah saw. Sebab Allah swt. Maha Tahu tentang Dirinya, sifat-sifat-Nya ,dan nama-nama-Nya. Ia berfirman:

“Katakanlah, kalian yang lebih tahu atau Allah?” [QS. Al-Baqarah (2): 140]

Nah, bila Allah yang lebih mengetahui tentang Dirinya dan para Rasul-Nya adalah orang-orang jujur dan selalu membenarkan segala informasi dari-Nya, pasti mereka tidak akan menyampaikan selain dari apa yang diwayukan oleh-Nya kepada mereka. Karenanya, dalam urusan mengukuhkan atau menafikan nama-nama dan sifat-sifat Allah wajib merujuk kepada informasi dari Allah dan Rasul-Nya. Imam Ahmad bin Hambal mengatakan, ”Tidak boleh menyandangkan sifat kepada Allah selain dari apa yang disandangkan oleh Dirinya sendiri atau oleh Rasul-Nya; tidak boleh melangkahi Al-Qur’an dan Al-Hadist.”

Nu’aim bin Hammad, guru Imam Al-Bukhari, mengatakan, ”Barangsiapa menyamakan Allah dengan makhluk, maka ia kafir. Barangsiapa menolak sifat Allah yang disandangkan-Nya untuk Dirinya atau disandangkan oleh Rasul-Nya, maka ia kafir. Dan dalam sifat-sifat Allah yang disandangkan oleh-Nya atau oleh Rasul saw. tidak ada kesamaan atau kemiripan dengan sifat-sifat makhluk-Nya.”

Adapun asas yang ketiga menuntut manusia yang mukallaf untuk mengimani sifat-sifat dan nama-nama yang ditegaskan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah tanpa bertanya tentang kaifiyyah (kondisi)-Nya, dan tidak pula tentang esensinya. Sebab, mengetahui kaifiyyah sifat hanya akan dicapai manakala mengetahui kaifiyyah Dzat. Karena sifat-sifat itu berbeda-beda, tergantung pada penyandang sifat-sifat tersebut. Dan Dzat Allah tidak berhak dipertanyakan esensi dan kaifiyyah-Nya. Maka, demikian pula sifat-sifat-Nya, tidak boleh dipertanyakan kaifiyyah-Nya.

Karenanya, ketika para ulama salaf ditanya tentang kaifiyyah istiwa (cara Allah bersemayam) mereka menjawab, ”Istiwa itu sudah dipahami, sedang cara-caranya tidak diketahui; mengimaninya (istiwa) adalah wajib dan bertanya tentangnya adalah bid’ah.” Jadi, kaum salaf sepakat bahwa kaifiyyah istiwa itu tidak diketahui oleh manusia dan bertanya tentang hal itu adalah bid’ah.

Jika ada seseorang bertanya kepada kita, ”Bagaimana cara Allah turun ke langit dunia?” Maka kita tanyakan kepadanya, “Bagaimana Dia?” Jika ia mengatakan, ”Saya tidak tahu kaifiyyah Dia.” Maka kita jawab, “Makanya kita tidak tahu kaifiyyah Dia. Sebab untuk mengetahui kaifiyyah sifat harus mengetahui terlebih dahulu kaifiyyah dzat yang disifati itu. Karena, sifat itu adalah cabang dan mengikuti yang disifati. Jadi, bagaimana Anda menuntut kami untuk menjelaskan cara Allah mendengar, melihat, berbicara, istiwa, padahal Anda tidak tahu bagaimana kaifiyyah Dzat-Nya. Maka, jika Anda mengakui bahwa Allah adalah wujud yang hakiki yang pasti memiliki segala sifat kesempurnaan dan tidak ada yang menandinginya, maka mendengar, melihat, berbicara, dan turunnya Allah tidak dapat digambarkan dan tidak bisa disamakan dengan makhluk-Nya.

Dari penjelasan di atas, kita dapat mengetahui bahwa tauhidul asma wash-shifat ini dapat rusak dengan beberapa hal berikut:

1. Tasybih.

Yakni menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk. Seperti yang dilakukan orang-orang Nasrani yang menyerupakan Al-Masih bin Maryam dengan Allah swt; orang Yahudi menyerupakan ‘Uzair dengan Allah; orang-orang musyrik menyerupakan patung-patung mereka dengan Allah; beberapa kelompok yang menyerupakan wajah Allah dengan wajah makhluk, tangan Allah dengan tangan makhluk, pendengaran Allah dengan pendengaran makhluk, dan lain sebagainya.

2. Tahrif.

Artinya mengubah atau mengganti. Yakni mengubah lafazh-lafazh nama Allah dengan menambah atau mengurangi atau mengubah harakah i’rabiyyah, atau mengubah artinya, yang oleh para ahli bid’ah diklaim sebagai takwil, yaitu memahami satu lafazh dengan makna yang rusak dan tidak sejalan dengan makna yang digunakan dalam bahasa Arab. Seperti pengubahan kata dalam firman Allah wa kallamallahu musa taklima menjadi wa kallamallaha. Dengan demikian, mereka bermaksud menafikan sifat kalam (berbicara) dari Allah swt.

3. Ta’thil (pengabaian, membuat tidak berfungsi).

Yakni menampik sifat Allah dan menyangkal keberadaannya pada Dzat Allah swt., semisal menampik kesempurnaan-Nya dengan cara membantah nama-nama dan sifat-sifat-Nya; tidak melakukan ibadah kepada-Nya, atau menampik sesuatu sebagai ciptaan Allah swt, seperti orang yang mengatakan bahwa makhluk-makhluk ini qadim (tidak berpermulaan dan menyangkal bahwa Allah telah mencipatkan dan membuatnya).

4. Takyif (mengkondisikan) menentukan kondisi dan menetapkan esensinya.

Manhaj dalam memahami nama dan sifat Allah yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah tanpa melakukan tasybih, tahrif, ta’thil dan takyif ini merupakan mazhab salaf, yakni kalangan sahabat, semoga Allah meridhai mereka semua, tabi’in, dan tabi’ut-tabi’in.

Asy-Syaikani mengatakan, “Sesungguhnya, mazhab salaf, yakni kalangan sahabat, tabi’in, dan tabi’ut-tabi’in, adalah memberlakukan dalil-dalil tentang sifat-sifat Allah sesuai dengan zhahirnya tanpa melakukan tahrif, takwil yang dipaksakan, dan tidak pula ta’thil yang mengakibatkan terjadinya banyak ta’wil. Dan jika mereka ditanya tentang sifat-sifat Allah, meraka membacakan dalil lalu menahan diri dari mengatakan pendapat itu dan ini, seraya mengatakan, Allah mengatakan demikian dan kami tidak mengetahui lebih dari itu.

Kami tidak akan memaksakan diri untuk berbicara apa yang tidak kami ketahui dan apa yang tidak Allah izinkan untuk kami lampaui. Jika si penanya itu menginginkan penjelasan melebihi dari yang zahir, maka mereka segera melarangnya agar tidak menenggelamkan dalam hal yang tidak berguna dan mencegah dari mencari apa yang tidak mungkin mereka capai selain terjerumus dalam bid’ah dan dalam hal yang tidak diajarkan Rasulullah saw, tidak pula oleh sahabat dan tabi’in. Dan pada masa itu, pendapat tentang al-asma wa ash-shifat adalah satu. Dan cara memahaminya juga sama.

Kesibukan mereka saat itu adalah melaksanakan apa yang Allah perintahkan dan tugaskan kepada mereka untuk dilaksanakan. Yakni beriman kepada Allah, mendirikan sholat, mengeluarkan zakat dan pusa, haji, jihad, infaq, mencari ilmu yang bermanfaat, membimbing manusia kepada kebaikan, memerintah yang ma’ruf dan mencegah yang munkar, dan sebagainya. Dan, mereka tidak menyibukkan diri dengan hal-hal yang tidak dibebankan kepada mereka atau dengan hal-hal yang kalaupun dilaksanakan tidaklah merupakan ibadah, seperti mencari hakikat nama-nama dan sifat-sifat itu. Karenanya, pada masa itu agama Islam bersih dari debu-debu bid’ah.